PROPOSAL 'KPIP'

PENDAHULUAN

Generasi pelajar merupakan pewaris utama serta tulang belakang Negara. Ini adalah bersesuaian dengan slogan Negara yang berbunyi “Pemuda Tiang Agama, Pemudi Harapan Bangsa”. Jelas digambarkan di sini ialah kaum belia dan beliawanis di Malaysia ini merupakan tunggak utama yang bakal menerajui tampuk pimpinan Negara pada suatu hari nanti. Namun pun demikian, corak penghidupan mereka telah memperlihatkan cabaran yang semakin hebat dan kompleks. Apatah lagi, dalam era globalisasi golongan pelajar sering menjadi sasaran serangan budaya dan pelbagai ideologi.

Dalam era teknologi maklumat atau ICT ini khususnya, proses pemodenan banyak mengundang pelbagai masalah. Para remaja banyak didedahkan kepada aneka inovasi moden yang positif mahupun negative. Hampir setiap hari, kita disogokkan dengan kecanggihan teknologi maklumat kini. Oleh itu, kebanyakan Negara yang sedang membangun tidak bebas daripada masalah-masalah sosial. Hasil daripada itu, salah satu daripada penyakit yang sering melanda senario belia kini ialah ‘remaja hilang identiti’. Budaya black metal, skin head, punk dan sebagainya merupakan satu momokan yang cukup menakutkan rakyat Malaysia kini. Penyakit ini sering berkait rapat dengan individu yang menghadapi masalah peribadi, keluarga dan faktor persekitaran, terutamanya usia mereka yang kian menjangkau kedewasaan.

Oleh demikian, kemantapan dan keunggulan belia dan beliawanis Negara akan tercapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh, menggilap potensi pelajar khususnya melalui pembentukan generasi ini melalui pembentukan golongan remaja yang berteraskan perubahan dan penganjakan minda di kalangan mereka. Hakikat ini perlu ditekankan supaya senario pelajat dapat menghadapi budaya suasana dan cabaran dunia kini dengan sikap yang lebih luas lagi terutamanya dalam konteks pelajar di dalam budaya persekolahannya.

Justeru itu,sebagai satu alternative berdasarkan perkara yang disebutkan,
Sukacitanya ingin memaklumkan bahawasanya Kesatauan Pelajar Islam Perak
telah membentuk sebuah badan NGO bagi jentera penggerak dalam belia Kesatuan Pelajar Islam Perak akan cuba berazam untuk memberi kerjasama dengan penuh iltizam bagi menerapkan sikap peradaban kehidupan yang lebih sempurna dalam menjalani kehidupan harian sama ada sebagai individu mahupun pelajar sekolah yang berwibawa dan berdedikasi.



NAMA KESATUAN

“Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak”
KPIP

LOGO KESATUAN

Logo Kesatuan Pelajar –Pelajar Islam Perak (KPIP) adalah seperti gambar rajah dibawah










Maksud Lambang Logo :

• Bulan Sabit : melambangkan Islam
• Buku : melambangkan pelajar dan keilmuan
• Warna : UNGU melambangkan jiwa yang subur

Tafsiran Logo :

• Bulan Sabit : menguasai ruangan yang luas sesungguhnya Islam adalah agama Samawi, anugerah Allah bagi keselamatan dan kesejahteraan manusia sejagat. Bulan Sabit yang melingkari buku menjadikan ruangan itu sempurna melambangkan paduan antara Islam dan ilmu.

• Buku : terbuka luas dilengkari bulan sabit melambangkan pelajar dan tradisi keilmuan islam yang menjadi prinsip amalan kehidupan manusia membentuk satu tamadun yang tinggi dan unggul.

• Ungu : Menampakkan petanda jiwa yang sentiasa hidup disuburi oleh keimanan kepada Allah swt



KONSEP

KPIP merupakan satu badan NGO khas bagi pelajar-pelajar perak yang terlatih. Justeru itu, mereka ini akan diberikan pendedahan konsep tentang :

a. Latihan Kepimpinan
b. Pengurusan Kerja yang Sistematik
c. Kemahiran ‘Public Speaking’
d. Tips-tips Pemimpin yang Berjaya

FALSAFAH

Sebagai seorang pemimpin, hendaklah sentiasa menghayati falsafah badan ini iaitu:

“Hidup Islam”

Ianya bermaksud, untuk menjadikan sesuatu badan kepimpinan yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah serta dihormati,, semuanya harus bermula dengan cerminan positif pemimpin-pemimpin itu sendiri.

MATLAMAT

Badan ini ditubuhkan mempunyai beberapa maklumat. Antaranya ialah :

1. Mencungkil bakat kepimpinan dan potensi diri dikalangan pelajar yang terpilih.
2. Memupuk keyakinan dan nilai-nilai murni dikalangan masyarakat.
3. Membina individu yang mahir mengatur program, bijak berkomunikasi, berkaliber
4. Ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi kurikulum dan kokurikulum.


OBJEKTIF

-Menyediakan satu perkhidmatan sokongan dalam Kesatuan Pelajar Islam Perak bagi memenuhi permintaan pembinaan sahsiah diri di kalangan pelajar khususnya.

-Menyediakan satu pasukan terlatih iaitu KPIP yang bersedia memberi latihan dan bimbingan kepada rakan-rakan lain dalam konteks kepimpinan berorganisasi.

-Membolehkan badan khas ini berinteraksi secara berkesan dengan rakan-rakan kerana mereka telah dilengkapi kemahiran-kemahiran asas dalam bidang kepimpinan khususnya.

KRITERIA KPIP

• Sifat Peribadi : mempunyai keyakinan diri dan cintakan bidang KPIP.
• Kebolehan Lisan : berupaya mengemukakan idea dengan jelas.
• Kepimpinan : dihormati oleh pelajar-pelajar lain dan diiktiraf perilakunya oleh guru.
• Umur : boleh berinteraksi dan memberi latihan kepada pelajar-pelajar yang sebaya dan junior.

ETIKA AHLI KPIP

Antara perkara penting yang terkandung dalam etika keahlian KPIP ialah seperti :

• Ahli KPIP hendaklah mengurus masa dengan baik
• Ahli KPIP haruslah mempunyai sifat saling menghormati antara hubungannya dengan guru, rakan dan sebagainya.
• Ahli KPIP hendaklah sentiasa bersifat terbuka dan think positif
• Ahli KPIP hendaklah menghormati batasan-batasan agama, peraturan sekolah dan norma masyarakat serta kebudayaan.
• Ahli KPIP harus mengamalkan cara kerja yang kreatif dan bukannya konservatif.



METHODOLOGI LATIHAN

a. Bentuk Latihan
Pendekatan yang dilaksanakan ialah dengan menekankan perkembangan kendiri pemimpin itu. Modul yang dijalankan adalah berdasarkan beberapa bidangan dalam konteks kepimpinan. Dengan kata lain, ahli KPIP akan dilatih untuk memahami serta memperbaiki diri agar lebih diterima oleh individu-individu atau rakan-rakan yang lain. Dalam fahaman kendiri yang tertinggi , pemimpin itu akan lebih memahami serta peka terhadap potensi dan bakat orang lain. Selain itu, mereka juga akan ditanam dengan sifat-sifat kecemerlangan diri dan diharapkan kriteria itu disebarkan. Ahli KPIP juga akan dapat memberi pengukuhan kepada perlakuan yang positif. Dengan adanya sikap mulia ini, ahli KPIP boleh menjadi contoh serta pendorong kepada perubahan keyakinan dalaman bagi mencungkil potensi diri kepada pelajar yang dipimpin kelak.

Latihan untuk ahli KPIP boleh dijalankan dengan mengadakan sesi-sesi seperti berikut :
• Rujukan dan Bacaan
• Sesi-sesi pratik
• Jemputan penceramah yang berpengalaman
• Pembelajaran melalui pengalaman

b. Modul Latihan
Di sepanjang sesi yang mendatang ini, semua ahli KPIP akan mengikuti beberapa panduan modul bagi memantapkan mereka sebagai seorang pemimpin didalam organisasi khususnya.

Modul-modul tersebut :
• Penerangan dan penghayatan Proposal KPIP
• Ciri-ciri seorang pemimpin pelajar yang Berjaya
• Cara menghasilkan kertas kerja
• Cara mengendalikan mesyuarat
• Teknik penulisan surat-menyurat
• Memahami carta perlaksanaan program
• Teknik mengendalikan program -sebelum-semasa-selepas
• Asas komunikasi pemimpin
• Teknik berucap di khalayak ramai –teori dan pratikal
• Kemahiran belajar yang sistematik


FUNGSI KPIP

KPIP akan memainkan beberapa fungsi yang penting. Antaranya ialah seperti berikut :

• KPIP akan mengadakan program-program yang memberi kesan kepada remaja dan masyarakat khususnya para pelajar dalam membina insan yang Berjaya dan berpotensi menjadi seorang pemimpin akan datang. Program-program yang ditawarkan seperti berikut :

- Latihan Asas Dedikasi Islam (LADI)
- Bengkel Organisasi Pengurusan (BPO)
- Latihan Dalam Kepimpinan (LDK)
- Kem Motivasi
- Kem Bina Insan
- Tamrin KPIP
- Pusat Pintar Sains

RUMUSAN

Usaha menentukan keberkesanan badan khas ini biasanya memakan masa yang lama. Kesannya sukar diukur dalam jangka masa yang pendek. Oleh itu, peluang seharusnya diwujudkan untuk program pembentukan kepimpinan tersebut akan terus berkembang. Dengan adanya Kesatuan Pelajar Islam Perak, harapan untuk melahirkan belia dan beliawanis yang berketrampilan serta berpotensi akan dapat tercapai dengan usaha yang lebih tinggi lagi.

ORGANISASI KESATUAN PELAJAR ISLAM PERAK(SG.SIPUT)

YG DI-PERTUA                            : Abdul Aziz Hanzalah b. Mohd Zawawi

NAIB YG DI-PERTUA                  : Nurul Izzati bt. Zulkifli

SETIAUSAHA                               : Nur Ashikin bt. Mohamad Amir

BENDAHARI                                : Nur Azureen Maryam bt. Mansor

KETUA HEWI                               : Puteri Nur Auni bt. Anuar

EXCO PROGRAM                        : Muhammad Syafie b. Sulaiman
                                                       : Zaitul Amirah bt. Azmi

EXCO ICT                                     : Muhammad Nur Iman b. Mohd Soffian
                                                       : Fatehah bt. Mohd Sofi

EXCO TARBIYAH                        : Muhammad Adnan b. Fathlillah
                                                        : Nur Izzyanie bt. Mohammad Azli

EXCO MULTIMEDIA                   : Muhammad Zafri b. Zaifuddin
                                                        : Nurul Hidayah bt. Azlan

EXCO SUKAN                              : Muhammad Syazwan b. Hasrin
                                                        : Wan Norazimah bt. Azemi

EXCO KEBAJIKAN                      : Mohamed Sakani Dini b. Mohd Salleh
                                                        : Siti Mardhiah bt. Baharudin

EXCO DISIPLIN                             : Muhammad Amir b. Sulaiman
                                                         : Nur Nikmah bt. Abdul Hamid

EXCO PERHUBUNGAN                : Muhd Khaiul Nizar b. Abd Muttalib
                                                         : Nurlyana Anira bt. Mohd Nayan

EXCO EKONOMI                           : Amiruddin Hafiz b. Ahmad
                                                          : Nurul Husna bt. Mohammad Saifullah

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS       : Nur An'nisa Fatihah bt. Rosli
                                                          : Syahirah bt. Mohd Ali
                                                          : Syarifah 'Aaiesyah bt. Syed Muhshin
                                                          : Nur Syakirah bt. Saifuddin