BERITA KEMATIAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Assalamualaikum W.B.T , Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” 
(Ali-Imaran:185) 

Takziah diucapkan kepada saudara Fais Azman da keluarga yang mana bapa beliau telah kembali kerahmatullah . Alfatihah ~ semoga roh arwah aman dan tenang disana Amin ~ kita yang hidup ini ambillah iktibar , setiap manusia yang hidup PASTI akan merasai mati dan itulah permulaan hidup kita yang sebenar .

Warga  KPIP C.S.S harap ketabahan dan kekuatan sentiasa diberi kepada saudara Fais Azman agar dapat terus lagi berjuang di medan dakwah ini insyaAllah . Kami warga Kpip C.S.S sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada bekas penasihat kami yang telah banyak berjasa dalam susah dan senang dalam menubuhkan Kpip MuC pada mulanya.