Assalamualaikum W.B.T
Bertemu juga kita kembali setelah sekian lama blog ini tidak di'updates' dengan maklumat-maklumat yang terbaru . Baru-baru ini pada tanggal 16-17 jun 2012 , Sekretariat Kesatuan Pelajar Islam Perak (Pusat)dengan kerjasama dari Majlis Belia Negeri Perak , Kpip CSS , Abim dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia telah bersama menganjurkan program 'MUZAKARAH KEPIMPINAN PELAJAR (MKP) SEKOLAH AGAMA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN' bertempat di Institut Tadbiran Islam Malaysia (INTIM).
Alhamdulillah , segalanya telah berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang . Penceramah jemputan yang telah diundang antaranya Ahmad Fahmi (presiden PKPIM) , Haji Suhaimi Latip (president ABIM Perak) , Tan Sri Harussani (Mufti Perak) , Akhil Hayy (Artis & penceramah bebas) , dan Imam Muda Hassan (Imam Muda) semuanya telah memberi kerjasama yang terbaik .
Kita harapkan agar program2 seperti ini memberi ruang kepada remaja mencungkilkan bakat kepimpinan mereka yang sekian lama terpendam . kita harapkan jua moga2 program seperti ini dapat memberi manfaat kepada negara dengan lahirnya para2 remaja yang telah dibimbing khas untuk menjadi pemimpin yang berkualiti pada masa hadapan kelak ! insyaAllah takbirr !! Antara coretan program : :



