KPIP CSS MEMOHON KEMAAFAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Peyanyang

Assalamualaikum W.B.T

Semoga pengunjung semua sentiasa berada didalam rahmat hendaknya . Disini ada maklumat yang penting untuk sama-sama kita ketahui dan ambil perhatian moga sama-sama kita mendapat faedah darinya insyaAllah . Sekalung tahniah diucapkan kepada presiden Kesatuan Pelajar Islam Perak Cawangan Sg Siput dan rakan-rakannya exconya yang yang lain diatas kejayaan menerima tawaran untuk sambung belajar dari mana-mana universiti didalam mahupun luar negara .

Atas sebab demikian , segala penumpuan saudara presiden serta ecxo - exco lain terhadap kerja-kerja KPIP CSS ini agak tergendala dek kerana fokus kepada pelajaran . Ini membuatkan semua ahli serta pengunjung sedikit terbantut maklumat semasa yang dihadapi atau kejadian - kejadian yang penting berlaku didalam mahupun diluar KPIP .

Kami memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku serta terlepas pandang diatas maklumat yang tidak dikemaskini . Segala jasa baik tuan puan mendoakan agar kami semua dapat melakukan amanah kami selaku seorang pelajar mahupun seorang pemimpin .