SELAMAT HARI RAYA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum W.B.T

 Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T kerana masih lagi memberi nafas kepada penaip dan memberi nafas kepada KPIP CSS untuk terus menapak lagi diatas muka bumi ini dengan niat kita untuk meneruskan lagi delegasi dakwah kita bagi mencapai redha Allah .

Pejam kelip pejam kelip , kita umat islam telah sampai ke fasa yang terakhir ramadhan iaitu fasa 3 . Dalam bulan ramadhan ini juga kita ditegaskan supaya untuk memperbanyakkan amalan-amalan kita yang baik kerana pahala digandakan pada waktu ramadhan ini .

Sungguh rugi jika kita sebagai umat islam jika kita masih lagi akhlak kita sama seperti bulan-bulan sebelum ini . Maka , janganlah kita lupa berdoa kepada Allah agar umur kita dipanjangkan lagi sehingga kita bertemu pada ramadhan yang akan datang insyaAllah .

Pada kesempatan yang berbaki ini , saya wakil daripada KPIP CSS ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI yang akan disambut dalam masa beberapa hari lagi . Para-para ilmuan sering menegaskan kepada kita , apabila kita menyambut Aidilfitri , raikanlah . Tidak ada masalah , kerana hari raya itu merupakan hari kemenangan bagi umat islam melawan nafsu disiang hari mahupun dimalam hari . Tetapi harus diingatkan , janganlah kita terlampau gembira sehingga kita lupa apa amalan-amalan baik yang telah dilakukan pada bulan ramadhan itu .

Jadikanlah Amalan-amalan yang baik pada bulan ramadhan itu sebagai tabiat kita walaupun ramadhan telah meninggalkan kita . akhir kalam , Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ikhlas dari Kesatuan Pelajar Islam Perak Cawangan Sungai Siput . -HIDUP ISLAM-