KEM PENINGKATAN INTEGRITI PELAJAR (KPIP)

6 MAC 2013 - Alhamdulillah, tanggal 8 FEB-11 FEB yang lepas, Kesatuan Pelajar Islam Perak Caw. Sg. Siput telah berjaya menganjurkan ' KEM PENINGKATAN INTEGRITI PELAJAR (KPIP)' dengan kerja sama HEM SABK MA'AHAD AL UMMAH  CHEMOR PERAK yang bertempat di KANDU ADVENTURE, GOPENG PERAK.

Program ini melibatkan semua peserta tingkatan 4 'MUC'. Program ini dirancang sebagai panduan dan bekalan untuk mereka menempuh eraglobalisasi yang penuh dengan cabaran pada masa hadapan, begitu juga bagi menghadapi peperangan emosi apabila mereka berada di tampok kepimpinan disamping mengerah otak dalam menuju peperiksaan besar pada masa akan datang.


'Alhamdulillah, kem yang bertemakan " Pelajar Proaktif Penjana Gemilang " ini berjaya menarik minat pelajar untuk menyertainya. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak kami semuanya berjalan dengan lancar walaupun tak semua exco-exco KPIPCSS dapat turun padang diatas 'excuse-excuse' yang tertentu.' Kata Pengarah Program, Muhammad Amir Sulaiman.


Antara objektif program 'KPIP' ini ialah :



  1. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam diri para pelajar
  2. Melahirkan para pelajar yang memahami dan mencintai alam sekitar
  3. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang menghadapi cabaran
  4. Meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal para pelajar
  5. Mengasah bakat kepimpinan yang terdapat dalam diri pelajar

Segala kerjasama yang telah diberikan oleh fasilitator , tetamu jemputan dan para peserta samada secara langsung mahupun tidak langsung ini hanya Allah sahaja mampu membalas jasa kalian semua. Semoga usaha kita semua ini diterima oleh Allah sebagai satu ibadah, insyaAllah.' Jelasnya lagi.

Antara gambar-gambar program tempoh hari.




Ustaz Khairil Amri
PENAUNG,
Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak Cawangan Sungai Siput Perak
(KPIPCSS)


Peserta menyusuri hutan

flying fox


Melihat bakat kepimpinan. 'pengucapan'





Melihat bakat kepimpinan. 'pengucapan'