USRAH TUNJANG KEKUATAN

Apabila kita sentuh tentang soal 'Usrah'. Ianya secara langsung menyentuh tentang diri sendiri. Bagaimana kita membentuk diri kita menjadi 'Hamba Kepada Pencipta'. Secara berkelompok, kita berbincang, berkongsi buah fikiran, menyampaikan apa yang menjadi keperluan dan sebagainya.

Apakah itu USRAH ? Dari segi bahasa, perkataan USRAH (bahasa arab) bermaksud keluarga. Kamus Dewan Edisi Ke-3 pula menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan sesuatu tajuk agama dan sebagainya.

Dari segi istilah pula USRAH itu ialah ikatan perpaduan yang dibina atas dasar Iman dan Islam dengan berusaha tolong menolong sesama sendiri untuk menghayati Islam, berusaha meningkatkan Iman dan Amal, dan menghindari maksiat dan permusuhan berdasarkan firman Allah S.W.T maksudnya :

" Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah." (AL-MAIDAH, 5:2)

TERDAPAT 3 RUKUN PENTING DIDALAM USRAH ANTARANYA :

1. TA'ARUF (BERKENALAN)
2. TAFAHUM (SALING MEMAHAMI)
3. TAKAFUL (TOLONG-MENOLONG)

3 rukun penting ini yang mana haruslah dipelihara dan diambil berat sebaiknya agar ikatan usrah tersebut tidaklah hanya semata-mata menjadi sesuatu beban yang tidak mempunyai erti.

1. TA'ARUF
Suai kenal diantara satu sama lain amatlah dititikberatkan didalam ISLAM. Malah, ia menjadikan ukhuwah serta kasih sayang diantara satu sama lain semakin erat. Menunjukkan kita 'concern' terhadap makhluk sesama makhluk yang berada di persekitaran kita.

2. TAFAHUM
Persefahaman didalam sesuatu organisasi khususnya penting dan mesti diambil berat oleh semua pihak. Tiada persefahaman sesama kita mana mungkin sesuatu masalah boleh selesai tanpa menzalimi mana-2 pihak. Jadi, didalam USRAH, saling memahami ini cuba dibentuk dan dilenturkan kepada ahli usrah tersebut.

3. TAKAFUL
Dasar memelihara nasib sesama sendiri, supaya jangan ada yang terbiar dan ketinggalan. Dasar ini merupakan tunjang Iman dan intisari ukhuwah sejati. Oleh itu, hendaklah setiap ahli bertanya khabar, bertegur sapa, bantu-membantu, ziarah-menziarahi, bersilih-ganti membuat kebajikan, mengajak kepada kebaikan, mencegah kepada yang mungkar dan lain-2.

Jadi, diatas penjelasan yang ringkas diatas mungkin sedikit sebanyak memberi kefahaman berkenaan rukun-rukun usrah.

Ada sebahagian yang mengatakan, usrah ini sudah tidak relevan dilaksanakan pada abad ini?
Releven atau tidak itu hanya persepsi, ya, memang tidak relevan jika ada yang berpandangan usrah ini hanya Naqib berbicara ahli mengiyakan, hanya berbentuk bulatan, dilaksana di masjid dsbnya. Kita mesti jadikan ianya relevan kerana Islam tetap relevan sehingga diabad ini. Kita boleh mempelbagaikan usrah kita yang tidak hanya bersifat setempat, mungkin dengan bantuan kecanggihan teknologi kini, SKYPE atau FACEBOOK, kita boleh berusrah, berkongsi buah fikiran dengan orang yang berlainan benua dengan kita.

Jadi, kesimpulannya disini, jelas mengatakan Usrah Tunjang Kekuatan sesebuah organisasi muslim khususnya. Mengenali, memahami, ukhuwah, tolong-menolong yang menjadi teras kekuatan ummah sehingga nilai-2 yang baik ini dapat diketengahkan sekaligus memperkenalkan nilai-2 yang ada pada agama Islam. in sya Allah. Wallahu'alam.